Welcome! Buat semua Generation of God yang brother sangat sayang dan sangat kasihi di dalam Nama Tuhan Yesus Kristus. Congrats! Brother ucapkan kepada unit multimedia kerana dapat menghasilkan suatu karya yang sangat mengagumkan brother secara peribadi dan lebih-lebih lagi Bapa yang di Sorga, (II Timotius 2:15) I really believe that you all melakukan pelayanan ini adalah untuk menyenangkan hati Tuhan. pastinya Dia sangat senang dengan pelayanan yang telah anda kerjakan.
Wujudnya nama “Generation of God” atau “Generasi Allah” adalah atas Anugerah yang Tuhan telah dinubuatkan melalui seorang pemudi sesuai dengan ayat Firman Tuhan yang dinubuatkan pada waktu itu juga, yang terdapat dalam Yesaya 60:1-22.
Pelayanan ini sudah berjalan selama lebih daripada 4 tahun and I am so proud to be part of it to experience how amazing the works of God’s hand to this generation. Apa yang menjadi dasar kekuatan pelayanan ini adalah untuk menjangkau anak-anak muda yang berpelajaran tinggi, golongan pekerja dan secara keseluruhannya kepada generasi muda masa kini, bagaimana untuk menghargai masa muda mereka, hidup dalam kasih, dan mendidik para pelajar yang berpelajaran tinggi supaya tidak bermegah dan sentiasa merendah diri, also always be thankful untuk segala berkat yang Tuhan sudah berikan. ( Amsal 18:12, Yakobus 4: 6 & Yeremia 9 : 23-24)
Come on! Wake up! Generation of God, jadikan tahun 2009 ini adalah TAHUN PENJAJAHAN dan TAHUN ANUGERAH bagi menjangkau anak-anak muda yang masih sambil lewa dengan kehidupan mereka.( Yosua 1:2-9) Laksanakanlah Misi dan Visi pelayanan ini dengan penuh ketulusan hati dan jangan sama sekali lari daripada landasan Firman Tuhan. Pastikan ada suatu perubahan yang besar dalam diri anda bagi tahun ini. Apabila ketulusan hati atau ketulenan iman (Ibrani 10: 22 - 25) (“free to be pure”) diserapkan melalui iman anda, pelayanan dan kasih, so, nothing is impossible bahawasanya Misi dan Visi pelayanan ini, akan dapat dilaksanakan dan pastinya kita akan menikmati berkat-berkat Tuhan dengan penuh kelimpahan dan berlipat kali ganda.